worldwide
The world’s leading manufacturer and
service provider of elevators, escalators
and moving walkways.
 
 Home |
 

Notis Privasi Global Otis Elevator

Otis Elevator Company serta subsidiari dan sekutunya (secara kolektif, "Otis") bertanggungjawab terhadap mana-mana laman web tajaan, komputer, aplikasi mudah alih dan akaun atau halaman media sosial Otis yang dikaitkan dengan Notis Privasi ini. Kami komited untuk menghormati privasi individu yang memberikan maklumat peribadi mereka kepada kami. Otis telah melaksanakan langkah teknikal, pentadbiran dan fizikal untuk melindungi semua maklumat peribadi yang kami kumpulkan.

Notis Privasi ini menerangkan amalan kami berkaitan maklumat peribadi yang dikumpulkan melalui laman web, komputer dan aplikasi mudah alih Otis, melainkan jika terdapat notis privasi yang berasingan untuk laman web, komputer atau aplikasi mudah alih tersebut. Notis Privasi ini juga merangkumi maklumat peribadi yang mungkin dikumpulkan dan diproses secara berasingan oleh Otis dan selain melalui laman web, komputer dan aplikasi mudah alih Otis seperti melalui e-mel atau cara lain. Dengan memberikan maklumat peribadi atau maklumat lain kepada kami atau semasa anda menggunakan Laman web, aplikasi, halaman laman sosial, transaksi perniagaan, produk atau perkhidmatan disepadukan kami yang ditawarkan kepada anda, anda bersetuju dengan terma dan syarat Notis Privasi ini.

Apakah maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh Otis?

Maklumat peribadi” ialah maklumat yang berkaitan dengan orang sebenar yang telah dikenal pasti atau boleh dikenal pasti. Maklumat Peribadi yang boleh dikumpulkan oleh Otis daripada anda bergantung pada cara interaksi anda dengan kami. Contohnya, Otis boleh mengumpulkan:

  • Nama;

  • Maklumat hubungan perniagaan, termasuklah nama perniagaan anda, jawatan dan peranan anda, alamat e-mel kerja anda, alamat tempat kerja dan/atau alamat surat menyurat kerja anda atau nombor telefon kerja dan maklumat lain yang berkaitan dengan cara menghubungi anda di tempat kerja

  • Gambar profil;

  • ID akaun media sosial atau ID pengguna, pengenalan peranti atau maklumat pencari; dan

  • Maklumat khusus mengenai cara anda atau syarikat anda berinteraksi dengan produk dan perkhidmatan Otis, termasuklah keutamaan peribadi.

Jika anda pelanggan kediaman, Otis boleh mengumpulkan nama dan maklumat hubungan rumah anda seperti alamat, alamat e-mel dan nombor telefon anda. Jika anda penyewa kediaman atau perniagaan, pekerja atau kontraktor bagi penyewa atau tetamu di bangunan yang menggunakan lif Otis, mempunyai kontrak perkhidmatan dengan Otis atau menerima perkhidmatan daripada Otis, Otis boleh mendapatkan maklumat peribadi mengenai anda daripada klien bangunan anda (seperti pemilik, pengurus atau syarikat keselamatan). Otis juga boleh mengumpulkan data lokasi geografi dan data pengesahan keselamatan lain anda daripada peranti pengkomputeran peribadi atau telefon yang akan memberikan akses kepada kemudahan atau kelengkapan Otis yang dipasangkan di dalam bangunan. Untuk pelanggan perniagaan dan kediaman, Otis boleh mengumpulkan maklumat perbankan atau pembayaran, maklumat akaun Otis dan butiran kontrak.

Bagaimanakah Otis menggunakan maklumat peribadi yang dikumpulkan?

Mana-mana maklumat peribadi yang telah dikumpulkan akan digunakan untuk:

  • Menyediakan perkhidmatan tersuai dan kandungan yang berkaitan dengan keperluan dan minat khusus anda kepada anda;

  • Memenuhi kewajipan kontrak seperti memberikan akses bangunan, mendayakan ciri bersepadu bagi penawaran perkhidmatan lif kami, memberikan notis atau laporan mengenai lif khusus atau aktiviti perkhidmatan, pengebilan elektronik atau kaedah pembayaran terpilih anda. Mengesahkan identiti anda untuk memastikan keselamatan bagi salah satu tujuan yang disenaraikan di sini atau untuk memberikan anda akses kepada laman web, aplikasi, laman media sosial atau, bangunan atau kawasan bangunan;

  • Membentuk tawaran baru, meningkatkan kualiti produk kami. meningkatkan dan memperibadikan pengalaman pengguna dan menyediakan kandungan masa hadapan dengan lebih baik berdasarkan minat anda dan minat populasi pengguna umum kami;

  • Berkomunikasi dengan anda berkaitan produk dan perkhidmatan baru dan diubah suai yang ditawarkan oleh Otis, termasuklah tawaran istimewa;

  • Menilai minat anda terhadap Otis dan/atau membolehkan anda memohon pekerjaan di Otis;

  • Memberikan respons terhadap permintaan undang-undang yang sah daripada pihak penguatkuasaan atau pengawal selia kerajaan lain;

  • Menyiasat aktiviti yang menyalahi atau disyaki menyalahi undang-undang dan memberikan perlindungan daripada penipuan;

  • Membuat penyaringan terhadap senarai sekatan dan antikeganasan seperti yang diwajibkan undang-undang;

  • Mencegah kecederaan fizikal atau kerugian kewangan;

  • Menyokong penjualan atau pemindahan semua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami (termasuklah melalui kemuflisan); dan/atau

  • Menjalankan penyiasatan untuk memastikan pematuhan terhadap kewajipan undang-undang.

Otis akan menggunakan maklumat peribadi anda hanya untuk manfaat perniagaan sah, untuk memenuhi kewajipan undang-undang atau untuk mematuhi kewajipan kontraktual kami seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi Global ini.

Adakah Otis akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghubungi anda?

Selain menghubungi anda berkaitan lif anda seperti yang diterangkan di atas, Otis boleh menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk berkomunikasi dengan anda berkaitan produk baru dan diubah suai serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Otis atau tawaran istimewa. Otis akan memastikan anda akan diberikan kaedah mudah untuk memilih keluar atau menyahlanggan mana-mana komunikasi pemasaran.

Adakah Otis berkongsi maklumat yang dikumpulkan dengan mana-mana pihak ketiga?

Otis tidak akan menjual atau berkongsi maklumat peribadi anda di luar syarikat kumpulan Otis, kecuali kepada:

  • Pembekal perkhidmatan yang diupah oleh Otis untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami atau bagi pihak klien bangunan kami. Otis hanya akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan yang dilarang oleh Otis secara kontraktual untuk menggunakan dan mendedahkan maklumat tersebut kecuali seperti yang diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami atau untuk mematuhi keperluan undang-undang. Pembekal ini boleh merupakan pembekal perkhidmatan cloud, pembekal sistem, penyedia perisian dan penyedia perkhidmatan lain;

  • Mematuhi kewajipan undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada balasan kepada permintaan undang-undang yang sah daripada pihak penguatkuasaan undang-undang atau pengawal selia kerajaan lain;

  • Menyiasat aktiviti menyalahi atau disyaki menyalahi undang-undang;

  • Mencegah kecederaan fizikal atau kerugian kewangan; atau

  • Menyokong penjualan atau pemindahan semua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami (termasuklah melalui kemuflisan).

Untuk individu yang berinteraksi dengan Otis pada laman media sosial, Otis boleh mendedahkan maklumat peribadi anda kepada kenalan yang dikaitkan dengan akaun media sosial anda dan Otis, kepada pengguna laman web lain dan kepada pembekal akaun media sosial anda selaras dengan aktiviti perkongsian sosial anda apabila berkaitan dengan Otis, termasuklah mana-mana cabutan bertuah atau peraduan yang mungkin anda sertai pada laman kami. Jika anda memilih untuk menyiarkan maklumat pada papan mesej, sembang, halaman profil, blog dan perkhidmatan lain yang boleh anda siarkan maklumat dan bahan (termasuk dan tanpa had, halaman Media Sosial kami), mana-mana maklumat yang anda siarkan atau dedahkan melalui perkhidmatan ini akan dipaparkan kepada umum dan boleh diakses oleh orang awam.

Adakah Otis memindahkan maklumat peribadi ke negara lain?

Oleh sebab Otis ialah syarikat global dengan lokasi pejabat di banyak negara, kami boleh memindahkan maklumat anda daripada satu entiti undang-undang kepada entiti undang-undang yang lain atau dari satu negara ke negara yang lain untuk mencapai tujuan yang disenaraikan di atas. Kami akan memindahkan maklumat peribadi anda mengikut keperluan undang-undang dan hanya setakat yang diperlukan.

Bagaimanakah Otis menggunakan kuki atau teknologi penjejakan lain?

Otis boleh menggunakan kuki pada laman web dan aplikasinya. Kuki ialah teks fail kecil yang dihantar dan disimpan pada komputer pengguna, membenarkan laman web mengenal pasti pengguna berulang, membimbing akses pengguna ke laman web dan membenarkan laman web mengumpulkan data teragregat yang akan membolehkan pembaikan kandungan. Kuki tidak merosakkan komputer atau fail pengguna. Jika anda tidak mahu akses kuki ini atau mana-mana laman web atau aplikasi Otis lain, anda haruslah melaraskan tetapan pada program pelayar atau sistem dalam peranti elektronik anda untuk menafikan atau menyahdayakan penggunaan kuki. Harap maklum bahawa dengan berbuat demikian, anda mungkin menjejaskan atau menyahdayakan sepenuhnya keupayaan anda untuk menggunakan kefungsian penuh laman web, komputer, aplikasi mudah alih dan media sosial Otis.

Apakah yang perlu difahami mengenai pautan pihak ketiga yang mungkin ditunjukkan pada laman web ini?

Dalam sesetengah keadaan, Otis boleh memberikan pautan kepada laman web di luar kawalan Otis, dan Otis akan berusaha untuk mengenal pasti keadaan sedemikian. Akan tetapi, Otis tidak mengawal laman web pihak ketiga sedemikian dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kandungan atau amalan privasi yang diamalkan oleh laman web lain.

Berapa lamakah Otis mengekalkan maklumat peribadi?

Otis akan mengekalkan maklumat peribadi selagi diperlukan untuk mematuhi kewajipan kontraktual dan undang-undang. Jika maklumat peribadi tidak tertakluk pada kewajipan kontraktual atau undang-undang, Otis akan mengekalkan data berkenaan selagi diperlukan untuk tujuan asal maklumat dikumpulkan. Sebarang maklumat peribadi yang dikumpulkan dalam talian berkaitan pengguna yang tidak mengakses laman web, aplikasi atau laman media Otis akan dipadamkan daripada fail kami dalam tempoh masa yang munasabah melainkan dilarang oleh undang-undang yang berkaitan atau diperlukan untuk memenuhi kewajipan kontraktual kami.

Apakah pilihan yang diberikan kepada anda bagi maklumat peribadi anda?

Individu boleh membuat permintaan untuk menyemak, mengemas kini, membetulkan, mengubah atau memadamkan maklumat yang diserahkan kepada Otis pada bila-bila masa. Otis akan memberikan respons segera dan akan berusaha untuk menunaikan permintaan sedemikian, kecuali setakat yang dihadkan oleh undang-undang, kontrak atau kepentingan privasi yang bercanggah. Otis akan melakukan usaha yang sewajarnya untuk mengemas kini maklumat secepat mungkin dan akan mengalih keluar maklumat peribadi anda daripada fail Otis apabila diperlukan oleh undang-undang. Untuk melindungi privasi dan keselamatan pengguna, Otis akan mengambil langkah untuk mengesahkan identiti pengguna sebelum membuat perubahan yang diminta. Untuk mengakses, mengubah atau memadamkan maklumat peribadi anda, melaporkan masalah dengan laman, membuat pertanyaan atau menyuarakan kebimbangan, sila hantar e-mel kepada Otis di privacy@otis.com. Sesetengah laman web, aplikasi dan akaun media sosial kami membenarkan anda membuat pembetulan di laman tanpa perlu menghubungi Otis.

Di sesetengah negara seperti negara di Kesatuan Eropah, anda berhak membuat aduan dengan pihak berkuasa perlindungan data kebangsaan atau negeri anda, yang mungkin juga dikenali sebagai pihak berkuasa penyeliaan.

Harap maklum bahawa walaupun kami akan membantu anda melindungi maklumat peribadi anda, anda bertanggungjawab untuk melindungi kata laluan dan kelayakan akses lain anda daripada orang lain.

MAKLUMAT UNTUK KUMPULAN ORANG KHUSUS

Untuk individu di California

Seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang “Shine the Light Law" California, penduduk California boleh meminta dan memperoleh maklumat yang dikongsi oleh perniagaan lain bagi penggunaan pemasaran langsung mereka dalam tempoh setahun berdasarkan kalendar yang sebelumnya. Otis tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan perniagaan lain untuk penggunaan pemasaran langsung mereka.

Untuk individu di Amerika Syarikat

Otis tidak mengumpulkan Nombor Keselamatan Sosial melalui laman web atau aplikasi kami. Walau bagaimanapun, Otis mengumpulkan Nombor Keselamatan Sosial apabila yang diperlukan oleh undang-undang, seperti untuk tujuan cukai. Apabila Otis mengumpulkan dan/atau menggunakan Nombor Keselamatan Sosial, Otis akan mengambil pendekatan yang sewajarnya untuk melindungi kerahsiaan, mengehadkan pengumpulan, memastikan akses yang diperlukan sahaja, menggunakan perlindungan teknikal yang bersesuaian dan memastikan penghapusan yang sewajarnya. Otis juga mengamalkan dasar perlindungan privasi untuk Nombor Keselamatan Sosial yang boleh didapati di:

http://www.utc.com/Documents/social_security_numbers.pdf

serta Notis Privasi HIPPA yang boleh didapati di:

http://www.utc.com/Careers/Documents/HIPAA%20Privacy%20Notice/English.pdf

Untuk ibu bapa dan penjaga yang sah

Walaupun laman web tidak ditujukan kepada kanak-kanak, OTIS komited untuk mematuhi semua undang-undang dan keperluan berkaitan seperti Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak di Amerika Syarikat dan Peraturan Perlindungan Data Am (“GDPR”) di Kesatuan Eropah (apabila berkuat kuasa). OTIS tidak akan mengumpulkan maklumat daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun secara sengaja. Jika OTIS mendapati maklumat peribadi yang berkaitan dengan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun telah diberikan, OTIS akan memadamkan maklumat tersebut daripada sistemnya.

Bagaimanakah Otis akan mengubah dasar ini?

Apabila Otis mengembangkan dan meningkatkan laman web ini, kami mungkin perlu mengemas kini dasar ini. Dasar ini boleh diubah suai dari semasa ke semasa tanpa notis awal. Kami menggalakkan anda menyemak dasar ini secara kerap untuk mengetahui mana-mana perubahan yang dibuat. Perubahan yang penting akan dinyatakan di bahagian atas dasar.

Bagaimanakah anda boleh menghubungi Otis?

Jika anda mempunyai pertanyaan umum mengenai amalan privasi Otis, sila hantar e-mel kepada privacy@utc.com.

Otis World Headquarters
1 Carrier Place
Farmington, CT 06032
USA